Thursday, April 11, 2013
Growing up.
Lama rasanya tak post apa2 kat blog ni. Nak kata busy mungkin la jugak, sebenarnya petang nanti aku ada exam tapi sekarang aku rasa mengantuk.Jadi, nak elakkan dari tertidur aku pun tulis la something kat sini.Huu~
Sebenarnya lately aku nak sangat masa berlalu dengan lambat.Selalunya, aku selalu mintak supaya masa cepat2 berlalu sebab nak cepat habis belajar.Hahaha...Bila makin besar, makin kurang masa dengan keluarga, sebab tu aku nak melambatkan masa...Dulu masa kecik2 kalau travel ke mana2 confirm dengan semua adik beradik...bercuti ke...makan2 ke....semua mesti ada...
Bila masuk sekolah menengah, sorang demi sorang masuk asrama...Sampai adik yang bongsu ni pun tak terkecuali...Jadi memang jaranggggg sangat pergi mana2 dengan set ahli keluarga yang lengkap :( Rasa rinduuuu sangat nak kembali ke zaman2 di mana semua orang ada kat rumah.Seronoknya.....Hmh....
Bulan ogos ni, kakak aku bakal kahwin.Aku dapat instinct yang kuat lepas dia kahwin dia akan duduk penang (sebab tunang dia orang penang).Lagi la aku sedih....selama ni kalau aku pergi mana2 (time cuti) mesti dengan dia....Shopping mopping.....dan sebagainya.Lepas kahwin mesti tak boleh...Kalau boleh pun bukan macam dulu...Aku tak tau macam mana perasaan orang lain yang kakak/abang nak kahwin tapi bagi aku disebalik kegembiraan lebih banyak kerisauan dan kesedihan :( Tak patut? Tapi, tak boleh elak..
Adik aku pulak, sebelum dapat result SPM haritu dia ada pergi satu interview untuk study kat Jepun.Aku takdela meletakkan harapan yang tinggi sangat sebab yang pergi interview ramai tapi dia nak ambik sikit sangat.Tapi, alhamdulillah rezeki dia, Isnin haritu dapat tau keputusan interview tu dan dia diterima.Isnin depan dia akan start mendaftar untuk prep and what so ever.I don't know how long it takes to do the prep and all, tapi aku doakan yang terbaik.Aku gembira, tapi dalam masa yang sama aku rasa sedih sebab sorang demi sorang adik beradik aku akan meninggalkan rumah :( Cepat atau lembat.....
Dalam adik beradik aku 4 orang, aku lah satu2nya yang sekolah, foundation, degree tak pernah lagi keluar dari Selangor.Mungkin aku memang ditakdirkan untuk selalu menjenguk mak ayah aku and I'm happy about that! Tapi, yang sedih...rasa macam anak tunggal.Hmm...Takpe, mungkin Allah nak aku berbakti lebih dekat mak ayah aku.Aku suka sangat part selalu dekat dengan rumah tu, tapi bila fikir ak akan kesunyian nanti, rasa sedih...:(
Aku tak tau la kenapa aku asyik fikir2 benda ni dari haritu....Tapi betul2 mengganggu fikiran aku.Sentimental betul........nampak mcm kental, tapi dalam hati ada taman.
K lah, cukupla luahan perasaan setakat tu.Salam~
I LOVE MY FAMILY!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
hye pinasss!!!!
happy birthday walaupun aku lupa date birthday kau.tpi kali ni insyaallah aku ingat..anyway untunglah rumah dekat dgn u..harus bersyukur
Post a Comment