Thursday, March 14, 2013
License.
Takyah la nak Enggelishhhh sangat.LESEN.haaa sedap sikit dengo bunyiknya...
Harini adalah satu tarikh bersejarah dalam hidup aku.Perkara kedua paling ditakuti selepas bersalin, iaitu ambil lesen.Dah lama aku tangguh-tangguhkan.Dah lama ambil L tapi langsung tak yakin dan malas nak ambil P.Tapi, alhamdulillah dah lulus yayyy!! :D
Nak cerita jugak benda yang berlaku harini.Masa nak register ada satu perkara sadis telah berlaku.Cuba teka? Erm....aku lupa nak bawak IC!!! Kalau kat rumah takpe jugak...Ni tinggal kt kolej...hahah.Punya la kecoh satu ofis tu gara2 aku yg sangatla careless....Bayangkan hari nak test aku boleh takde kad pengenalan...Nak menangis wooo kena marah dengan dorang.Tapi pura2 cool.Hampir2 aku tak jadi amik test harini.Aku cuba jumpa sendiri pegawai JPJ tu nk mintak excuse, jawapannya tak boleh!!!
So,....solusinya....terpaksa pergi jabatan pendaftaran untuk buat IC baru...sobs...melayang RM110!!
Hahahaha....that's soo me la....Asyik lupa benda remeh temeh.Huh....So dgn keadaan yg kelam kabut nak buat IC padahal dah pukul 10.30 and turn aku no.14! Terpaksa larr aku gagahkan jugak fizikal dan mental yg dah rasa malas..Pegila membuat IC sambil terkocoh2 nak pergi ambil test.huhu..Dalam hati siap2 cakap, 'REDAH JERRR!!'
Berjumpalah aku dgn pegawai JPJ tu nak register...Dia tengok gambar aku kat borang tu and cakap. "Comelnya gambar awak".Dalam hati aku, woiii tu nampak sangatla tu ko pelik asal gambar budak ni comel padahal depan2 alahai super selekeh dan menggerutu.hahahhaa
Dengan muka yakin, pergila buat test2 kat litar pe sume tu...Bila dah habis, sementara nak pergi test kat jalan raya pulak aku pergi cafe and main dengan anak2 kakak tu..Kecoh gila okayyy...hahha...naik malu aku orang semua tengokkan aku gn budak2 tu...anak kakak tu 5 orang semua kecik2 masyaallah...rezeki, anak semua rapat2.Semua lelaki...Bergelut2 la aku dengan budak2 tu..Nak2 lagi budak lelaki..Tau je lah macam mana lasaknya ;)
And bila nk test kat jalan raya, aku memangla awal2 dan surrender kat Encik polis tu, aku kata "Encik sebelum memulakan perjalanan saya nak berterus terang satu perkara ni.Saya langsung tak ingat jalan A ke B walaupun cikgu tu dah ajar 10 kali.Harap Encik dapat tunjukkan jalan yg benar lah".Tergelak2 dia....hahah.Dia boleh pulak cakap,"Hah elokla lupa jalan.Kita terus ke pejabat Tok Kadi".hahahha sengal.orang lain punya la cuak duduk sebelah JPJ yg bermuka serius, aku ikut sedap aku je.heheh..Nak survive, kene pandai2 la kan.Peace (Y).
Masa aku keluar kereta bila dah habis, orang after aku dok tanya asal aku dengan encik tu tak habis2 gelak dalam kereta? Sebenarnya sepanjang perjalanan aku langsung tak boleh fokus sebab Encik JPJ tu punyala banyak cakap.Sebelum start perjalanan lagi dah buli aku, "Baca doa cepat".Ok aku pun baca dalam hati."Baca kuat2".Ok aku pun mengetuai bacaan doa dalam kereta bersama Encik tu.Pegawai JPJ kat kereta sebelah2 semua tengokkan kitorg dalam kereta tu and sama2 tadah tangan.Hahahahhaahha! Lawak gila okay...huh...Entah hape2 je lah...hahahhaa
Mana la kitorg tak tergelak2 je walaupun test dah tamat.Masing2 dah berperangai gila2 sbb cuaca panas okay.Tambah2 pulak dah penat and boring.Kena ceriakan suasana la.hahahha....
Apa pun, pengalaman harini sangat best.Takdela secuak yg aku sangkakan.Hahha...yg penting, aku tak rasa pun ada sapa2 nk mengorat ke nk menggatal...Aku pun tak hingin la nk menggatal...hahaha..Cuma aku rasa kelakar gila kot.Kalau aku jadi diorang pun aku bosan kerja macam tu....Asyik laaa naik kereta yg lembap nak mampus sbb br belajar bawak.hahahha
Terima kasih Cikgu ajar kereta, Encik2 JPJ, mak ayah, nenek, kwan2 yg selalu bagi semangat.Massssssseeeeeeeehhhhhhhhhhhh!!! (gaya alleycat)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
giler kentang ko pina,jpj dri muka mcm singa ko bleh jinakn..but u ni mmg careless..IC bleh tinggal kat sg.buloh..mmg naya ok!!..anyway tahniah lulus JPJ
Hahahah....bapak ak mmg bising laaa ble tau..huu...janji lps ni akn lbh berhati2!
hahaha. i like part ngan encik polis tuu ahahaha serius gelak tak henti2. cool la pinnn ;)))
aku leh bayangkan cane ayah ko tensen bile ic anak die takda. pin2. we are in the same boat! sep2! teheee :DD
naiss story aniwehhh. thats really pin!!
Post a Comment