Wednesday, January 9, 2013

Diari 9 Januari 2013.


9 Januari 2013


7.00 a.m

Seperti yag telah Imran, ketua batch kami arahkan, aku dan beberapa lagi kawan-kawan lain berkumpul di hadapan fakulti tatkala cuaca belum lagi terang, masih samar-samar, namun suasananya amat menenangkan dan mendamaikan lebih-lebih lagi di kawasan Sg.Buloh yang masih banyak pokok-pokok menghijau di sekeliling kawasan kampus perubatan ini.Semakin lama, semakin ramai pelajar-pelajar yang tiba.Kami menunggu bas dengan sabar untuk bergerak ke Hospital Selayang.Tidak lama kemudian, van universiti pun tiba untuk menjemput kami.Aku dan beberapa lagi kawan-kawan perempuan yang lain 'mengecilkan' diri agar kesemua kami dapat dimuatkan dalam van yang sederhana besar itu.


8.00 a.m

Kami tiba di perkarangan Hospital Selayang dengan selamat walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas.Ini bukanlah kali pertamaku menjejakkan kaki ke hospital ini.Tapi, perjalanan kali ini benar-benar kurasakan panjang dan memeningkan.Aku dan rakan-rakan lain terus menuju ke dewan di dalam hospital, tempah biasa kami berkumpul.Aku lihat dewan masih kosong, menandakan kami adalah golongan terawal yang tiba."Boleh aku tidur kejap", getus hati kecilku.Pening dek van yang bergerak lambat tadi masih belum hilang.Aku mencuba sehabis boleh untuk melelapkan mata.Berbekalkan 'lab coat' yang aku jadikan sebagai selimut, aku menyandarkan badan di kerusi, namun kesejukan penghawa dingin di dewan itu membuatkan mataku tidak mudah untuk lelap.

8.30 a.m

Doctor-in-charge telah pun tiba.Setelah menayangkan beberapa clinical video berkenaan Central Nervous System yang sedang kami pelajari sekarang, beliau meninggalkan kami semua di dalam dewan untuk ke sesi seterusnya iaitu, 'bed side teaching' - pengajaran tepi katil.Kumpulan aku terpaksa berpecah mengikut kumpulan lain kerana doktor kami mempunya hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan.Aku sudah masak dengan kesibukan doktor, dan itu membuatkan aku amat kagum dengan mereka."Aku harap aku boleh jadi sehebat mereka", hatiku berkata-kata.Aku dan dua lagi ahli kumpulanku membuat keputusan untuk ke wad 'Internal Medicine'.Kami bersiap-siap memakai lab coat untuk ke wad.

10.30 a.m

Kami tiba di wad 10 C (Internal Medicine) pada waktu yang telah diarahkan oleh doktor.Sesampainya kami di pintu wad, doktor bermata cantik itu segera meyuruh kami melihat bagaimana pelajar tahun akhir menemuramah pesakit dan manjalankan ujian-ujian yang berkaitan terhadap pesakit.Pada mulanya, kami berjumpa dengan seorang pakcik yang lumpuh.Aku lihat sejag air kencingnya di bawah katil.Bau dan rupanya begitu membuatkan tekakku berasa loya.Aku cuba bertahan.Aku mengalihkan perhatianku kepada pesakit daripada memandang jag yang berisi air kencing itu.Aku melihat senior tahun akhir menjalankan ujian terhadap pesakit.Terdetik dalam benakku, bagaimanakah keadaanku jika aku berada di tempat pakcik ini? Aku ada kaki yang sihat, tubuh badan yang kuat, dan aku yakin pakcik itu adalah normal sepertiku sebelumya.Tapi, kini pergerakannya terbatas.Semuanya perlukan pertolongan orang lain.Aku pasti, kita semua akan lebih mensyukuri nikmat apabila nikmat itu sudah ditarik.Aku berdoa supaya aku mejadi hamba yang bersyukur dan semoga Allah sembuhkan pakcik itu.Aku banyak bermuhasabah diri bila melihat orang sakit yang membuatkan aku rasa sangat meghargai saat-saat berjumpa dengan pesakit.Berat mata memadang, berat lagi bahu yang memikul.Pesakit kedua mempunyai kodisi lumpuh yang lebih teruk.Seorang wanita Cina yang berumur 40an.Aku dengar doktor bertanya pada makcik itu, "Mana suami aunty?", dan wanita itu menjawab dengan muka menahan sakit.Dalam pada itu, aku rasa terharu walaupun sedang sakit, suaminya masih setia dan sanggup menjaganya sewaktu susah.Bagi aku, inilah yang benar-benar 'sweet'.Kami keluar dari wad setelah berbual-bual dengan doktor tentang hal-hal di dalam wad dan dunia perubatan.


11.30 a.m

Kami keluar dari wad dan menaiki lif untuk turun ke ground floor.Aku dan Fatin Hanani menuju ke cafe hospital.Selalunya kami bertiga, tetapi Amalina baru sahaja menjalani tosilectomy dan sedang MC untuk seminggu.Setelah membayar harga makanan, aku dan Fatin memilih untuk menjamu selera di landskap luar.Kami berbual-bual kosong sambil disulami derai tawa kami berdua.Tidak lama kemudian, aku terdengar suara seorang wanita yang memarahi cucunya.Suara itu menarik perhatianku yang amat sukakan kanak-kanak."Kenapa la makcik ni marah cucu dia depan orang.Tak patut betul", hatiku memberontak marah.Aku cukup pantang mendengar kanak-kanak dizalimi.Aku memperhatikan gelagat kanak-kanak lelaki yang comel itu.Kulitnya tidak begitu cerah, bulu matanya lentik, dan matanya bundar.Dia kelihatan begitu aktif.Makcik itu  membebel-bebel memarahi kanak-kanak itu yang begitu lasak.Aku memanggil kanak-kanak tersebut untuk beramah mesra dengannya.Dia mendekatiku, mengangkat tangannya tanda minta didokong, lantas duduk di ribaku.Aku berasa gembira lantas mengusap-usap rambut halusnya.Tidak lama kemudian, dia meletakkan kepalanya di lenganku dan aku merasakan suatu perasaan yang aneh dalam diriku.Aku ingat lagi kejadian sewaktu Karnival Kesihatan yang terjadi ketika aku berada di semester 1.Aku terjumpa kanak-kanak mangsa dera yang penuh dengan lebam di badan! Kanak-kanak itu tidak ubah seperti kanak-kanak ini.Sangat lasak, tetapi secara tiba-tiba akan datang dan baring di pangkuanku tanpa di suruh.Seakan-akan kurang kasih sayang.Aku sengaja memberanikan diri bertanya kepada makcik itu, "Makcik, dia ingat saya mak dia kot.Lama ke tak jumpa mak ni?" Makcik itu menjawab dengan lantang, "Mak dia dah bengong dah!! Laki dia jumpa perempuan kaya tinggal anak bini! Sampai bini dia jadi gila pun dia tak heran!" Makcik itu bercerita panjang lebar dengan nada yang sungguh marah.Aku tergamam.Aku tidak menyangka akan berhadapan sekali lagi dengan kanak-kanak malang yang tidak mendapat perhatian sewajarnya dari ibu bapa.Air mataku terasa bertakung.Aku tahan, aku pegang kaki comel kanak-kanak itu lantas mencium pipinya.Sewaktu aku berusia 2 tahun sepertinya, aku dimanjakan oleh keluargaku.Aku ada mak ayah, dan keluarga yang mampu.Neneknya bercerita panjang lebar tetapi aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada ceritanya.Fatin melayan celoteh nenek itu.Aku faham.Diusianya yang sudah tua, dia begitu letih melayan kerenah cucunya yang debesarkan sedari usianya 3hari.Dia letih.Tidak berdaya melayan satu persatu kerenah kanak-kanak.Aku mula faham mengapa dia memarahi cucunya sebentar tadi.Aku bersyukur.Selama aku di dunia perubatan, bermacam-macam orang telah ku perhatikan.Semuanya mengingatkanku agar terus bersyukur.Aku meminta diri dari nenek tersebut.Sebelum balik, aku pandang kanak-kanak itu, lantas ku titipkan doa dalam hati buat kanak-kanak itu.Aku cepat-cepat berlalu.


12.00 a.m

Aku menemani Fatin Hanani yang tidak sihat untuk pulang ke kolej menaiki teksi.Sepanjang perjalanan, kami tidak putus-putus melahirkan rasa simpati terhadap kanak-kanak itu.Hari ini tidak akan ku lupa sampai bila-bila.Aku pecinta kanak-kanak.Sayangi mereka...Lindungi mereka..

6 comments:

Nami said...

Sebak ngn citer pina psal knk2 tu :(

atikahmahfud said...

uish. sedih aku baca pin. sebak tau tak. :'(

nota kaki: dah nampak dah talent uols nak handle children tu. ciri2 a good paediatrician dah ade dah tu ;P
insyaAllah!

typo said...

first time rase nak k0men,,

cdey....

Pina :) said...

Iman: sedih sgt :'( banyak lg kanak2 malang kt luar sana yg kita tak tau..

Tikah: aamiin~ huhu..

picah: aww terharu :') btw, sedih kan..marilah kita bersama2 jd masyarakat yg prihatin.

CikguShasha ^ ^ said...

sedihnya pina ak bace :'( hmm. ak pon sayang kanak2, harap ade yg sanggup membela nasib budak tu :'(

Pina :) said...

sha2: ak rs teacher lagi la banyak kena deal dgn children ni kan..selami hati dan masalh mereka.good luck :)