Wednesday, December 26, 2012
Siaran Langsung Dari Kolej RC1 UiTM Sg Buloh
*termengah-mengah*
Ye, aku dah balik kolej dah walaupun cuti masih lagi berbaki beberapa hari.tapi jangan risau, sebab aku langsung tak bukak buku walaupun malam semalam lagi balik.hahaha.bermalas-malasan tanpa rasa bersalah.bila lagi nak rasa? bermalasan tu selalu, tapi tanpa rasa bersalah tu jarang2.Ada sebab kenapa balik awal...saja nak teman una...kita dua orang ke kat rumah..sweet tak? hehe
Berbalik pada kemengahan tadi.Tadi lebih kurang pukul 7 aku pergi lah sidai comforter yang aku basuh pagi tadi guna tangan okay, dengan ikhlas dan bersungguh-sungguhnya.Tapi pukul 7 petang baru nak pergi jemur sebab masa tu lah line clear sikit kan.Comforter yang dah sedia berat dan besar tu(almaklumlah katil I king size keh8) aku hangkut dengan sekuat tenaga pergi ke pintu belakang untuk dijemur di ampaian.Berat gilaaaaaaa sampai nak tergolek ampaian tu dibuatnya.Dengan kudrat wanita aku yang tak seberapa ni nak dijadikan cerita, satu besi ampaian tu telah tercabut dan jatuh ke bawah!! Rumah aku tingkat 7, dia jatuh kat ground floor..Cer cakap, sapa yang rajin nak pergi ambil benda alah tu kat bawah? Tapi kalau dilayan jugak kemalasan ni, apa pun tak jadi.Kang kakak2 cleaner tu buang kesiannnn housemates aku.huhu.
Aku pun bersiap2 untuk turun (yela takkan nak turun dengan baju tidur walaupun tak ramai orang.ye tak?) hehe.
Aku yang dah 3 4 tahun tak belajar geografi tu pun, tercari2 manakah arah jatuh besi ampaian tadi.Cari punya cari..........nak tau kat mana dia landing????? Elok je dia cari port nak mendarat betul2 depan surau lelaki!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aduh.....dahla masa tu baru azan maghrib, sah2 la ramai lelaki kat situ...Pintu pulak terbukak...malunya nak ambik!! Aku sorang je kat ground floor masa tu yg perempuan..Segan gila kot nak ambik batang besi tu depan surau hahaha.Aku patah balik kononnya.Tapi aku tefikir takkan nanti aku nak kena turun balik pulak? Penat laaaaa dah tukar baju apa semua dah la tingkat 7.Aku pun tekad! Redah je lah! Aku pun pergi laju2 ke tempat tu semula sambil diperhatikan lelaki yang nak masuk surau (ke aku perasan) hahaha.Tak kisahla yang penting aku dah berjaya mengambil BATANG AMPAIAN!! hahah..maghrib2 jugak la dia nak buat hal macam2 hahaha...malu gila rasa pegang benda alah yang panjang tu nak usung nak lif.
Nak naik lif satu masalah lagi datang.Bayangkan aku yang takut kucing ni, masa nak naik lif tu ada seekor kucing oren yang besar dan bermuka bengis tengah tengokkan aku macam nak makan! Aku takut gila sumpah lagi takut dari nak ambil batang ampaian depan surau tadi.Aku tekan button lif tu banyakkkkk kali supaya cepat2 bukak!!! Tapi dan2 tu jugak lif jadi lembap semacam! Allah!!!!! Aku tyakut sangat ni, jangan sampai aku lari! Pintu lif bukak aku cepat2 masuk dan tekan button untuk tutup.DIa nak tutup tu pun masyaallah...lama gila! Aku mula la advance membayangkan what if kucing tu masuk lari dalam lif dengan aku pastu dia loncat atas badan aku dan cakap dan gigit! Extreme gila! Tapi, belum sempat jadi kenyataan, lif terututp.Fuhh.Lega.
Kucing2...banyak dah kau buat aku excercise...Nak pergi kelas pun aku sanggup lalu bilik mayat kat klinik tu dari lalu depan kau........................
Sekian sahaja cerita aku yang bosan.Takde gambar.Kau gila nak amik gambar tempat kejadian yang betul2 depan surau lelaki? haha..buat tebiat namanya tu..
Lain kali lah entry bergambar2 ni..malas la lately.....huhu......Assalamualaikum~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

4 comments:
dah macam novel cerita ko, haha, konklusi ak :
1) batang besi ampaian jatuh : ganas nye !! haha
2) ko takot sangat kat kucing !!!
3) bagus ko bersiap2 nak kua bilik :)
4) cnform ko di attack oleh lelaki2 yg kat surau tu,,,
**ak gelak2 bace cerita ko, walaupun tnpe gmbar, ak dah bayangkan, sebab ak kan dah penah g uitm ko, haha
kah3,lawak la pin.memang ade je masalah ko ni.tp tu yg buat life warna warni. :)
hahaha..lawak2.pina ni mcm superwomen la. :D
Sha2 : hahaha,..ak pn menggelakkan diri sndri masa menaip.
Kayla : ank buat cmne dugaan hidup
Madiha: thanks for the anugerah.haha
Post a Comment