Saturday, April 18, 2015

Cerita Hospital

Tak tahulah aku ni hati over-sensitive ke apa, tapi bak kata Wadihah, "fina ni adaaa je cerita dia kat hospital" :|

Aku rasa cerita2 ni kita boleh ambik sebagai peringatan lah. Thats why aku rasa bertuah belajar perubatan. Pertama, ko akan selalu muhasabah diri bila tengok orang terlantar sakit....atau meninggal right in front of your eyes....Kedua, boleh selalu ambik pengajaran dari cerita2 diorang. Ni aku nak cerita some, yang aku masih ingat.

Cerita 1

Satu hari ni, aku clerk sorang patient's guardian, iaitu mak dia sendiri la. Umur dia lebih kurang 70an. Lama aku borak2 dengan dia, aku tanya dia, nenek sekarang duduk dengan sapa? Dia kata duduk sorang...suami dah meninggal. Anak 5 orang, semua perempuan sorang lelaki. Yang sorang lelaki tu pulak yang terlantar sakit kat hospital ni (ada kecederaan otak lepas accident). Anak perempuan lain semua tak pernah balik lepas kahwin. Yang paling menyentuh hati aku ialah bila dia cakap, "yela...nenek ni orang susah takde apa2 nak bagi diorang kalau diorang balik pun...." ......................................:'(

Actually ni bukan pertama kali aku dengar cerita macam ni daripada patient or patient's family. Kenapa kita sanggup...perempuan tua tu lah yang mengandungkan, menyusukan, membanting tulang nak bagi kita makan. Sedih sangat :'(

Cerita 2

There was this one atok around 60+, aku nampak dia nangis. Dalam hati, aku syak dia ni mesti nangis sebab doktor baru break bad news. Aku datang kat dia just to comfort him. Aku tanya, pakcik kenapa ni...dia diam dengan mata merah. Anak dia kat sebelah kata kat aku, "Tadi mak balik rumah kejap sebab nak ambik kain baju...abah tak bagi mak tinggal dia. Tapi mak pergi kejap je pun sebab rumah dekat je, nanti dia datang balik." Aku tersenyum sebab.....rasa cute sangattttt :)))))




Banyak lagi cerita2 yang dahsyat, pelik, dan best. Tapi for personal reason, aku rasa better I keep them off record la. Ok, tu je cerita malam ni. Harap dapat bagi kebaikan ok.

Goodnight!

No comments: